How To Sent An Email

21 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Oktober 2020, telah diadakan Sesi pembelajaran bertajuk “How to Sent an Email” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 11:00 pagi hingga 11:30 pagi.

Pembelajaran kali ini ialah bersama peserta Sekolah Rendah Felda Pasoh 2. Pada kali ini, peserta perlu menghantar tugasan kerja sekolah menggunakan emel. Staf Pusat Ekonomi Digital memberi tunjuk ajar cara-cara untuk menghantar emel serta dokumen kerja sekolah menggunakan emel. Di samping itu, peserta turut belajar menulis emel menggunakan ayat formal kepada penerima emel.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali