Pengenalan Kepada Microsoft Word

3 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Oktober 2020, telah diadakan Kelas ICT bertajuk “Pengenalan Kepada Microsoft Word” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 2:30 petang hingga 3:00 petang.

Pembelajaran kali ini ialah bersama peserta Sekolah Rendah. Pada kali ini peserta perlu menyiapkan tugasan Sekolah menggunakan Microsoft word. Peserta perlu mencari gambar untuk dimasukkan ke dalam Microsoft word. Peserta belajar cara untuk menyusun gambar menjadi saiz yang sama serta mengedit gambar dengan cara menghilangkan latar belakang gambar tersebut.Di samping itu, peserta belajar memasukkan muka surat baru dan menyimpan dokumen Microsoft word ke dalam komputer.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali