Maxis Live EKelas (Sains)

11 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Oktober 2020, telah diadakan Sesi MAXIS Live eKelas bagi matapelajaran Sains bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Sesi MAXIS Live eKelas kali ini ialah bersama peserta Sekolah Rendah Felda Pasoh 2, yang bakal menduduki Peperiksaan UPSR pada tahun hadapan. Pembelajaran untuk peserta eKelas kali ini adalah subjek Sains yang bertajuk interaksi antara haiwan. Para peserta mendengar penjelasan yang diberikan oleh guru serta menyalin nota penting bagi pembelajaran tersebut. Tahniah buat para peserta yang berusaha gigih untuk hadir dan mengikut SOP yang ditetapkan bagi menimba ilmu di Pusat Ekonomi Digital .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali