Register SSM Online

11 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 10 November 2020, telah diadakan sesi pembelajaran “Registration SSM Online” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 2.30-petang hingga 3.00 petang.

Pembelajaran kali ini ialah bersama salah seorang usahawan di Felda Pasoh 2. Staf Pusat Ekonomi Digital membantu beliau untuk mendaftar perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) secara atas talian buat pertama kalinya di Web Rasmi SSM. Staf memberi garis panduan untuk mendaftar ke dalam web rasmi SSM, serta memastikan usahawan mengisi setiap maklumat yang diperlukan oleh SSM. Di samping itu, Staf Pusat Ekonomi Digital turut mengingatkan usahawan tersebut mengenai keselamatan mencipta kata laluan yang selamat bagi mengelakkan akaun SSM digunakan oleh orang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali