Advance on Instagram

29 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Jun 2020, telah diadakan kelas ICT “Advance on Instagram” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 4.00 petang hingga 5.00 petang. Pembelajaran kali ini bersama salah seorang usahawan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Peserta belajar cara-cara menjadikan Instagram peribadi kepada Instagram perniagaan.

Di samping itu juga, peserta belajar meletakkan link youtube channel ke dalam Instagram. Selain daripada itu, peserta turut belajar cara mengambil gambar yang betul untuk “post” di Instagram bagi menarik follower serta penggunaan hashtag mengikut brand, kategori produk, trend, musim, tempat setempat dan market place.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali