Taklimat Advokasi Pelajar Sekolah

22 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Februari 2020, telah diadakan Taklimat Advokasi Pelajar Sekolah, bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi taklimat ini bermula dari jam 2.00 petang hingga 3.00 petang. Sebelum memulakan sesi taklimat, para peserta melakukan aktiviti senaman minda. Taklimat advokasi kali ini adalah bertajuk Perlindungan Info Berhubung Dengan Selamat. Para peserta mendengar penerangan mengenai privasi diri dan juga privasi di laman sosial.

Di samping itu, peserta juga mengetahui mengenai risiko sekiranya tidak menjaga privasi terutamanya di laman sosial. Peserta juga belajar langkah-langkah untuk memastikan privasi di sosial media tidak terdedah kepada orang awam. Setelah selesai sesi taklimat, terdapat juga sesi soal jawab dan peserta yang Berjaya menjawab soalan dengan tepat diberi hadiah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali