How to Apply SSM Online

14 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Jun 2020, telah diadakan Pembelajaran Mengenai “How to Apply SSM Online” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Pembelajaran kali ini bersama dua orang komuniti Felda Pasoh 2 yang ingin mendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) secara atas talian.

Para peserta diberi garis panduan untuk mengisi permohonan SSM secara atas talian melalui website SSM dan perlu mengisi maklumat perniagaan masing-masing. Para peserta juga diberi tunjuk ajar cara-cara menyemak emel melalui telefon pintar sekiranya mendapat maklum balas daripada SSM terhadap permohonan perniagaan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali