Bijak Sifir Sek. Keb. Pasoh 2

2 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 01 Julai 2020, telah diadakan Kelas ICT bertajuk “Bijak Sifir” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10:00 pagi hingga 12:00 tengahari. Pembelajaran kali ini adalah kerjasama antara Sekolah Kebangsaan Pasoh 2 dengan Pusat Ekonomi Digital Pasoh 2 untuk mengadakan online quizizz Bijak Sifir peringkat Daerah bersama pelajar tahun 4, tahun 5 dan tahun 6.

Pada kali ini, peserta membuka website online quizizz untuk menjawap soalan-soalan Matematik. Soalan-soalan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu, bahagian A ialah Darab. Manakala bahagian B pula ialah Bahagi dan akhir sekali bahagian C ialah Pecahan. Jumlah keseluruhan soalan ialah 150 soalan. Pemenang akan diambil berdasarkan kecepatan masa yang dicatatkan untuk menjawab keseluruhan soalan dan jumlah markah yang betul. Kepada pelajar yang berpotensi untuk lulus, berpeluang untuk mewakili sekolah di peringkat negeri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali