Facebook Page (Part 3)

6 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 5 September 2020, telah diadakan Kelas ICT bertajuk “Facebook Page (Part 3)” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi. Pembelajaran kali ini merupakan sambungan bagi pembelajaran yang lepas. Kali ini usahawan belajar mengedit “facebook page cover” menggunakan canva.com. Setelah selesai mengedit gambar-gambar produk di canva.com, usahawan akan muat naik “facebook page cover” tersebut ke facebook page perniagaan. Selain daripada itu, usahawan juga mengedit gambar produk bagi menjadikan gambar tersebut menarik dan dimasukkan ke dalam facebook page perniagaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali