Kursus Usahawan (Fokus IKS)

18 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Februari 2020, telah diadakan Kursus Usahawan (Fokus IKS) bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi ini bermula dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang. Kursus keusahawanan ini memberi peluang kepada usahawan mempelajari cara-cara membuat profile perniagaan dan rekod kewangan perniagaan masing-masing. Kursus ini telah di Sampaikan oleh Cik Ana Binti Syukur.

Selain daripada sesi penerangan mengenai profile perniagaan, para peserta juga belajar membuat profile perniagaan sendiri. Selain itu, Cik Ana turut berkongsi mengenai sumber-sumber bantuan yang boleh diperoleh oleh usahawan. Semoga para peserta dapat menghasilkan profile perniagaan dan mempertingkatkan perusahawan perniagaan masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali