Fun With Kahoot and Online Quizziz

25 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Januari 2020, telah diadakan Kelas ICT Fun With Kahoot and Online Quizziz bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari 4.30 petang hingga 5.30 petang. Pembelajaran kali ini bersama pelajar tahun 5 dan tahun 6. Dalam kelas ICT kali ini para peserta bersaing secara berkumpulan melalui Kahoot Games, bagi matapelajaran matematik.

Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan dan kumpulan yang mempunyai markah tertinggi dikira sebagai pemenang. Di samping itu, para peserta bersaing secara individu melalui Online quizziz bagi matapelajaran Bahasa Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali