Pengenalan Kepada ICT & Fun With Internet

6 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Januari 2020, telah diadakan Kelas Pengenalan Kepada ICT Dan Fun With Internet bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Pembelajaran kali ini bersama pelajar tahun 1 dan tahun 2 bagi tahun 2020. Tahniah kepada semua peserta yang hadir kelas pertama bagi tahun 2020 anjuran Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2.

Sebelum memulakan pembelajaran utama, para pesrta melakukan senaman minda terlebih dahulu. Pembelajaran pertama adalah mengenali komputer. pembelajaran seterusnya adalah pengenalan kepada microsoft word. Selain daripada itu, peserta belajar mencari gambar menggunakan google, belajar menaip dan memasukkan gambar ke dalam microsoft word.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali