How to Use Gmail

15 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Jun 2020, telah diadakan kelas ICT “How to Use Gmail” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang. Pembelajaran kali ini bersama salah seorang pelajar sekolah menengah Felda Pasoh 2. Sepanjang tempoh PKP ini, Pusat Ekonomi Digital sering dikunjungi oleh pelajar sekolah menengah untuk mereka siapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Pelajar belajar cara untuk menghantar emel menggunakan gmail melalui telefon pintar. Di samping itu, Pelajar belajar cara untuk “attached” dokumen atau tugasan yang diberikan dan menulis tajuk dan penggunaan ayat formal untuk penerima emel tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali