How To Transfer Documents To Google Drive Using Smartphone

11 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Ogos 2020, telah diadakan Kelas ICT bertajuk “How To Transfer Documents To Google Drive Using Smartphone” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 12:30 tengahari hingga 1:00 petang. Pembelajaran kali ini ialah bersama seorang komuniti Felda Pasoh 2. Peserta belajar cara untuk menyimpan video, gambar dan dokumen dari simpanan telepon pintar ke dalam Google Drive.

Peserta diajar secara personal langkah-langkah untuk menyimpan maklumat tersebut menggunakan telepon pintar. Di samping itu juga, peserta juga belajar cara untuk memuat naik gambar, video dan dokumen ke dalam Google Drive kerana ini merupakan platform yang terjamin lebih selamat untuk menyimpan dokumen agar tidak hilang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali