Pengenalan Kepada Microsoft Word (Mengenal Suku Kata - Part 2)

9 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 08 Mac 2020, telah diadakan Kelas Pengenalan Kepada Microsoft Word Mengenal Suku Kata bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Pembelajaran kali ini bersama pelajar tahun 1 dan tahun 2. Sebelum memulakan sesi pembelajaran terdapat sesi senaman minda bagi memberi kecergasan kepada para peserta. Pada kali ini, para peserta menaip suku kata. Di samping itu juga, para peserta belajar menukar tulisan, saiz tulisan dan warna tulisan. Selain daripada itu, peserta juga belajar menghias dokumen word dengan nenambah “bolder” dan warna pada latar belakang dokumen.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali