Kelas Kerja Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak

24 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Jun 2020, telah diadakan Kelas Kerja Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang. Pembelajaran kali ini secara personal bersama pelajar IPT Kolej Universiti Islam Melaka iaitu Nur Syamila Binti Mohd Shahadan. Adik Syamila mengambil peluang untuk mendapatkan garis panduan dan tunjuk ajar daripada staff Pusat Ekonomi Digital untuk membuat tugasan kerja kursus menggunakan Microsoft word.

Selain itu, peserta dapat mempelajari format untuk membuat laporan dengan betul dan menggunaan ayat yang ringkas dan padat. Banyak rujukan yang dapat diperolehi untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Selain itu juga, adik Syamila mempelajari format rujukan menggunakan APA Style untuk laporan yang dibuat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali