Kerja Kursus SPM

22 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Jun 2020, telah diadakan Kelas Kerja Kursus SPM bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Pembelajaran kali ini secara personal bersama pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir iaitu Nur Najmina Atiqah Binti Azaman. Adik Najmina mengambil peluang untuk mendapatkan garis panduan dan tunjuk ajar daripada staff Pusat Ekonomi Digital untuk membuat tugasan kerja kursus menggunakan Microsoft word.

Selain itu, peserta dapat mempelajari format untuk membuat laporan dengan betul dan menggunaan ayat yang ringkas dan padat. Banyak rujukan yang dapat diperolehi untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Selain itu juga, adik Najmina mempelajari format rujukan menggunakan APA Style untuk laporan yang dibuat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali