Pengenalan Kepada ICT Dan Fun With Internet

13 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Januari 2020, telah diadakan Kelas Pengenalan Kepada ICT Dan Fun With Internet bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Pembelajaran kali ini bersama pelajar tahun 1 dan tahun 2. Sebelum memulakan pembelajaran utama, para peserta akan melakukan senaman minda.

Seterusnya para peserta belajar menaip ayat-ayat mudah yang menceritakan tentang Labu. Para peserta menggunakan microsoft word untuk menaip ayat-ayat tersebut. Di samping itu juga, peserta belajar mencari gambar menggunakan google chrome untuk dimasukkan ke dalam microsoft word.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali