Kerja Kursus SPM (Microsoft Word)

6 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 05 Mac 2020, telah diadakan pembelajaran Kerja Kursus SPM bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang. Pembelajaran kali ini secara personal bersama pelajar sekolah menengah iaitu adik Haziq. Seperti semua sedia maklum Pusat Ekonomi Digital merupakan tempat rujukan dan juga merupakan tempat untuk komuniti mempelajari hal-hal berkaitan ICT.

Adik Haziq mengambil peluang untuk mendapatkan garis panduan dan tunjuk ajar daripada staff Pusat Ekonomi Digital untuk membuat tugasan kerja kursus menggunakan Microsoft word. Antara ilmu ICT yang dipelajari adalah menggunakan “wordart” dan “highlight” tulisan serta menjadikan format paragraph tersusun dan kemas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali