Advokasi Oversharing

13 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 12 September 2020, telah diadakan Advokasi bertajuk Oversharing bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Sesi advokasi ini ini bermula dari jam 3:00 petang hingga 4.00 petang. Pada kali ini Staff Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2 dan Pasoh 3 telah bekerjasama bagi menyampaikan taklimat advokasi mengenai oversharing kepada pelajar Sekolah Rendah Felda pasoh 3.

Antara maklumat yang di kongsikan kepada peserta advokasi mengenai oversharing adalah mengenai definisi oversharing, keburukan oversharing dan langkah-langkah yang diambil bagi memastikan pengguna internet tidak terlebih kongsi mengenai maklumat peribadi kepada orang awam. Di samping itu, peserta turut didedahkan dengan video oversharing bagi memberi gambaran yang lebih jelas dan mudah difahami sekiranya pengguna terlalu mendedahkan aktiviti harian dan maklumat peribadi kepada orang awam. Di samping itu, terdapat juga sesi soal jawab antara pelajar dan staff Pusat Ekonomi Digital untuk mengetahui tahap kefahaman peserta berkenaan topik oversharing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali