Taklimat Usahawan PeDAS Dan Pendaftaran

21 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 20 September 2020, telah diadakan Taklimat Keusahawan Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) dan pendaftaran usahawan ke dalam system go-eCommerce bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi taklimat ini berlangsung secara berperingkat mengikut SOP yang telah ditetapkan. Taklimat ini bermula dari jam 10:00 pagi hingga 1.00 petang.

Taklimat ini bertujuan memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk menyertai Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) yang telah diperkenalkan oleh MDEC bagi membantu usahawan luar bandar terutamanya dalam mempromosikan produk atau perniagaan secara atas talian. Antara outcome program PeDAS adalah usahawan mesti memiliki Akaun Facebook page Perniagaan, Instagram business dan akaun Shopee. Selain daripada itu, usahawan juga perlu mendaftar ke dalam system go-eCommerce bagi memudahkan proses pembelajaran dan juga menbuat rekod jualan dan perbelanjaan secara bulanan ke dalam sistem tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali