Registration SSM Online

4 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 03 Ogos 2020, telah diadakan Kelas ICT bertajuk “Registration SSM Online” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10:00 pagi hingga 10:30 pagi. Pembelajaran kali ini ialah bersama seorang komuniti Felda Pasoh 2 yang ingin mendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) secara atas talian.

Peserta diberi garis panduan untuk mengisi permohonan SSM secara atas talian melalui website SSM dan perlu mengisi maklumat perniagaan yang dijalankan. Peserta juga diberi tunjuk ajar cara-cara menyemak emel melalui telefon pintar sekiranya mendapat maklum balas daripada SSM terhadap permohonan perniagaan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali