Pendaftaran Tahun Satu

14 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Mac 2020, telah diadakan Sesi Pendaftaran Tahun 1 bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi ini bermula dari jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang. Sesi pendaftaran tahun 1 ini dibuat bagi membantu ibu bapa mendaftarkan anak-anak mereka untuk masuk ke sekolah rendah. Sesetengah ibu bapa dan penjaga ada yang kurang mahir menggunakan komputer.

Staff Pusat Ekonomi Digital membantu para ibu bapa dan penjaga memberi garis panduan dan tunjuk ajar kepada ibu bapa untuk mendaftarkan anak mereka melalui website yang telah ditetapkan oleh kementerian bagi pendaftaran persekolahan murid tahun satu dan juga pra sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali