Share Document via Email

10 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 9 September 2020, telah diadakan Kelas ICT bertajuk “Share Document via Email” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 12:00 tengah hari hingga 1:00 tengah hari. Pembelajaran kali ini bersama pelajar Sekolah Menengah adik Najjah tentang penggunaan emel. Tugasan pelajar sekolah sekarang memerlukan internet dan penggunakan emel bagi menghantar tugasan pembelajaran di sekolah.

Staff Pusat Ekonomi Digital memberi tunjuk ajar kepada adik Najjah cara-cara untuk menghantar emel. Selain daripada itu, adik Najjah juga diberi penerangan mengenai penerima emel, subjek emel dan ayat-ayat tujuan menghantar emel serta cara untuk “attached” dokumen yang perlu di hantar menggunakan emel.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali