Story Telling in English

10 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 09 Februari 2020, telah diadakan Kelas ICT bertajuk Story Telling in English bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Pembelajaran kali ini bersama pelajar tahun 3 dan tahun 4. Seperti biasa sebelum memulakan pembelajaran, sesi senaman minda terlebih dahalu.

Pembelajaran kali ini adalah mengenai penggunakan google Chrome. Peserta menggunakan google chrome untuk mencari "short English story telling". Di samping itu, peserta juga belajar copy paste cerita tersebut ke dalam Microsoft word. Selain daripada itu, peserta juga belajar menggunakan google translate untuk memahami cerita Bahasa Inggeris tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali