How To Transfer Data

16 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Februari 2020, telah diadakan Kelas ICT bertajuk How To Transfer Data bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang. Pembelajaran kali ini bersama salah seorang komuniti Felda Pasoh 2. Puan Salina. Beliau ingin mempelajari cara-cara untuk memindahkan gambar daripada thumb drive lain ke thumb drive lain. Puan Salina belajar memindahkan gambar dalam thumb drive ke Lap top. Di samping itu, beliau turut belajar membuat folder untuk mengasingkan gambar-gambar tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali