How to use Whatsapp Web

23 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Julai 2020, telah diadakan Kelas ICT bertajuk “How to use Whatsapp Web” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 11:30 pagi hingga 12:00 tengahari. Pembelajaran kali ini ialah bersama Adik Haikal pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Pasoh 2. Seperti kita sedia maklum, pembelajaran masa kini menggunakan pembelajaran secara atas talian dan latihan setiap pelajaran diberi melalui atas talian.

Adik Haikal belajar cara-cara untuk muat turun latihan yang diberi oleh guru melalui aplikasi whatspp untuk menyiapkan tugasan tersebut. Petugas Pusat Ekonomi Digital mengajar adik Haikal cara-cara untuk menggunakan WhatsApp Website yang boleh di buka di komputer dengan cara menyimbas bar code dan muat turun tugasan tersebut ke dalam komputer.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali