Pengenalan Kepada Microsoft Word

10 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 09 Februari 2020, telah diadakan Kelas Pengenalan Kepada Microsoft Word bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Pembelajaran kali ini bersama pelajar tahun 1 dan tahun 2. Sebelum memulakan pembelajaran utama, sesi senaman minda telah diadakan bagi memberi kecergasan kepada para peserta. Pada kali ini peserta belajar menaip huruf untuk membiasakan jari dengan papan kekunci dan aktiviti sampingan peserta membuat online colouring.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali