Pengenalan Kepada Microsoft Word (Kemahiran Menaip)

17 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Februari 2020, telah diadakan Kelas Pengenalan Kepada Microsoft Word (Kemahiran Menaip) bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Pembelajaran kali ini bersama pelajar tahun 1 dan tahun 2. Sebelum memulakan pembelajaran utama, sesi senaman minda telah disediakan bagi memberi kecergasan kepada para peserta.

Pada kali ini peserta belajar menaip huruf dalam microsoft word dan mencari gambar menggunakan google chrome untuk dimasukkan ke dalam microsoft word. Selain daripada itu, para peserta juga bermain permainan Bingo yang mana para peserta perlu menjawab soalan matematik bagi melengkapkan Bingo tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali