Pengenalan Kepada Microsoft Word

25 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Januari 2020, telah diadakan Kelas Pengenalan Kepada Microsoft Word bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Pembelajaran kali ini bersama pelajar tahun 1 dan tahun 2. Sebelum memulakan pembelajaran utama, para peserta melakukan senaman minda terlebih dahulu. Pada kali ini, para peserta belajar menaip ayat-ayat ringkas tentang “Roti”. Para peserta juga belajar memasukkan gambar dan mencantikkan hasil kerja mereka dengan menukar tulisan, menukar warna background dan memasukkan border.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali