Pengenalan Kepada Microsoft Word (Mengenal Suku Kata)

2 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 01 Mac 2020, telah diadakan Kelas Pengenalan Kepada Microsoft Word bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Pembelajaran kali ini bersama pelajar tahun 1 dan tahun 2. Sebelum memulakan sesi pembelajaran utama, sesi senaman minda diadakan bagi memberi kecergasan kepada para peserta. Pembelajaran utama adalah latihan menaip menggunakan Microsoft word dan membezakan suka kata dengan mewarnakan suku kata tersebut. Para serta diberi masa untuk menaip ayat-ayat yang ringkas. Kemudian, peserta diberi tunjuk ajar untuk mewarnakan suku kata dan menghias hasil kerja mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali