Pengenalan Kepada Microsoft Word

8 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 7 September 2020, telah diadakan Kelas ICT bertajuk Pengenalan kepada Microsoft Word bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 4:00 petang hingga 5.00 petang. Pembelajaran kali ini bersama pelajar sekolah rendah iaitu Adik Yusra. Pembelajaran di sekolah sekarang memerlukan kegunaan internet untuk mencari maklumat dan menyiapkan tugasan sekolah.

Adik Yusra belajar mencari maklumat menggunakan google chrome dan belajar cara simpan gambar untuk dimasukkan ke dalam Microsoft word. Setelah memasukkan gambar ke dalam Microsoft word, adik Yusra belajar menyusun gambar bagi menampakkan gambar tersebut tersusun kemas. Selain itu, adik Yusra belajar cara menyimpan dokumen word ke dalam komputer.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali