Student Registration Online

10 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 09 Mac 2021, telah diadakan sesi pembelajaran bertajuk “Student Registration Online” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi.

Pada kali ini, staf Pusat Ekonomi Digital membantu penjaga yang ingin mendaftarkan anak bersekolah secara atas talian. Pendaftaran Pelajar secara atas talian ini adalah bertujuan memudahkan guru dan penjaga mengemaskini maklumat anak yang masih bersekolah. Staf Pusat Ekonomi Digital memberi garis panduan cara-cara untuk mendaftar dan mengemaskini maklumat anak ke dalam sistem pengurusan sekolah. Selain daripada itu, penjaga perlu membuat pengesahan mengenai semua maklumat anak di dalam sistem pengurusan sekolah tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali