Learn About Microsoft Word

3 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 02 April 2021, telah diadakan sesi pembelajaran bertajuk “Learn About Microsoft Word” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 2:00 petang hingga 3:00 petang.

Pembelajaran kali ini ialah bersama peserta Sekolah Menengah. Sesi pembelajaran adalah berkaitan Microsoft Word. Staf Pusat Ekonomi Digital memberi tunjuk ajar kepada adik Habil untuk membuat kerja kursus menggunakan Microsoft Word. Antara pembelajaran yang dipelajari adalah cara menyusun paragraph, penggunaan Wordart dan cara mengedit gambar di Microsoft Word.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali