Registration Google Classroom For Student

5 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 04 April 2021, telah diadakan sesi pembelajaran bertajuk “Registration Google Classroom for Student” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 12:00 tengah hari hingga 12:30 tengah hari.

Pada kali ini, staf Pusat Ekonomi Digital membantu penjaga yang ingin mendaftarkan anak ke dalam google classroom online. Staf Pusat Ekonomi Digital memberi garis panduan kepada penjaga, cara-cara untuk mendaftar ke dalam google Classroom online bagi memudahkan sesi pembelajaran sekolah. Selain daripada itu, staf Pusat Ekonomi Digital turut mengajar cara mencari buku teks dan bahan rujukan dalam sistem google classroom online untuk memudahkan pencarian maklumat dan rujukan kepada penjaga agar penjaga dapat membantu anak mereka untuk sesi pembelajaran secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali