Advokasi Bersama Tabika KEMAS Felda Pasoh 2

23 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Oktober 2021, telah diadakan Advokasi Bersama Tabika KEMAS Felda Pasoh 2 bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Advokasi ini bermula dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Sesi ini bermula dengan menyanyi Sambil menari bersama kanak-kanak Tabika KEMAS. Kemudian sesi pembelajaran ICT bertajuk Institusi dan Kemudahan Awam. Setelah itu sesi advokasi mengenai Maklumat Palsu. Staff cuba memberi pendekatan yang mudah mengenai maklumat palsu dan contoh yang mudah untuk kanak-kanak memahami mengenai maklumat palsu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali