Advokasi Keselamatan Komputer

26 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 25 September 2021, telah diadakan Taklimat Advokasi Keselamatan Komputer, bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi taklimat ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang.

Staff Pusat Ekonomi Digital telah mengadakan taklimat advokasi mengenai keselamatan komputer. Segala maklumat berkaitan keselamatan komputer telah di kongsikan kepada peserta. Berkongsi berkenaan jenis-jenis insiden yang sering dilaporkan di malaysia seperti scammer, kod jahat, gangguan siber dan sebagainya. Peserta juga diberi pendedahan dan panduan keselamatan komputer untuk mengelak daripada sebarang insiden. Peserta terdiri daripada kalangan pelajar sekolah rendah felda pasoh 2. Selain memberikan penerangan berkaitan keselamatan komputer, sesi soal jawab juga diberikan untuk mengetahui tahap kefahaman peserta berkenaan topik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali