Create Shopee For Seller

11 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 10 September 2021, telah diadakan Kelas ICT secara atas talian bertajuk “Create Shopee For Seller” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Pembelajaran kali ini bersama seorang usahawan dalam komuniti Felda Pasoh 2. Pada kali ini usahawan belajar cara-cara untuk mendaftar sebagai Penjual di platform Shopee. Usahawan diberi penerangan mengenai cara-cara untuk membuka “Shop” di platform Shopee. Usahawan perlu mengemaskini akaun, memberi nama kedai, memilih perkhimatan “postage” dan memasukkan gambar produk ke dalam kedai shopee serta belajar membuat promosi diskaun untuk pelanggan di shopee.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali