How To Edit Using Canva.Com

21 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Ogos 2021, telah diadakan Kelas ICT secara atas talian bertajuk “How to Edit Using Canva.Com” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Pembelajaran kali ini bersama dua orang usahawan dalam komuniti Felda Pasoh 2. Usahawan belajar cara edit produk jualan perniagaan menggunakan website canva.com. Staf Pusat Ekonomi Digital memberi garis panduan kepada usahawan cara-cara dan tips untuk menghasilkan gambar-gambar produk usahawan agar kelihatan lebih menarik. Usahawan dapat mempromosikan produk jualan dengan lebih menarik di pelbagai platform.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali