Kerja Kursus Tingkatan 5

17 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 16 April 2021, telah diadakan sesi pembelajaran bertajuk “Kerja Kursus Tingkatan 5” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 2:00 petang hingga 3:00 petang. Pembelajaran kali ini ialah bersama peserta Sekolah Menengah. Sesi pembelajaran adalah berkaitan Microsoft Word. Staf Pusat Ekonomi Digital memberi tunjuk ajar kepada adik Farisha untuk memasukkan gambar peta ke dalam Microsoft Word dan menjadikan gambar tersebut mengikut ukuran saiz yang telah ditetapkan. Di samping itu adik Farisha turut belajar cara untuk mengedit gambar dan cara mengusun peranggan dengan betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali