How To Apply Online Entrepreneur Form

20 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Mac 2021, telah diadakan sesi pembelajaran bertajuk “How To Apply Online Entrepreneur Form” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3:00 petang hingga 4:00 petang. Pada kali ini, Staf Pusat Ekonomi Digital membantu usahawan yang ingin mengisi borang bantuan keusahawan secara atas talian.

Pusat Ekonomi Digital memberi garis panduan cara membuat permohonan secara atas talian dan cara muat naik dokumen yang diperlukan oleh sistem. Di samping itu, staf Pusat Ekonomi Digital turut mengingatkan usahawan supaya mencetak borang permohonan tersebut sebagai rujukan untuk usahawan terhadap permohonan secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali