Registration Google Classroom for Student

25 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Mac 2021, telah diadakan sesi pembelajaran bertajuk “Registration Google Classroom for Student” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 4.00 petang hingga 4.30 petang. Pada kali ini, staf Pusat Ekonomi Digital membantu pelajar sekolah rendah yang ingin mendaftarkan anak ke dalam google classroom online.

Staf Pusat Ekonomi Digital memberi garis panduan cara-cara untuk mendaftar ke dalam google Classroom online bagi memudahkan pelajar dapat access google classroom tersebut bagi memudahkan sesi pembelajaran sekolah. Selain daripada itu, staf Pusat Ekonomi Digital turut mengajar cara mencari buku teks dan bahan rujukan dalam sistem google classroom online untuk memudahkan pencarian maklumat dan rujukan kepada pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali