Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021

9 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Bulan Ogos 2021 kita akan menyambut Hari Kebangsaan Malaysia dan manakala pada bulan September 2021 kita akan menyambut Hari Malaysia. Sehubungan dengan itu, Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2 ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia buat semua warganegara Malaysia. Semoga Malaysia pulih daripada wabak covid dan semoga rakyat Malaysia menjadi warga yang lebih prihatin dan bertanggungjawab dalam menjaga SOP yang telah ditetapkan, sentiasa menjaga kesihatan diri dan keluarga serta jiran tetangga. Semoga penduduk di Malaysia terus bersemangat dalam meneruskan kehidupan dan sama-sama memupuk nilai-nilai positif dalam mencegah virus ini terus merebak. Di samping itu juga, kita perlu berwaspada dengan berita-berita palsu yang boleh mencetuskan kebimbangan pada rakyat Malaysia. Kita mesti Menang!

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali