Pengenalan Kepada Microsoft Word

6 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Mei 2021, telah diadakan sesi pembelajaran bertajuk “Pengenalan Kepada Microsoft Word” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 4:00 petang hingga 4:30 petang. Pembelajaran kali ini ialah bersama peserta Sekolah Rendah. Sesi pembelajaran mengenai Microsoft Word. Staf Pusat Ekonomi Digital memberi tunjuk ajar kepada adik Faizul tentang penggunaan Microsoft Word. Antara yang dipelajari oleh adik Faizul adalah cara-cara mencari gambar menggunakan google dan memasukkan gambar tersebut ke dalam Microsoft word. Selain daripada itu, adik Faizul turut belajar cara mengedit saiz gambar dan cara menyusun gambar supaya kelihatan kemas di dalam Microsoft word.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali