Pendaftaran Program MAXIS eKelas

26 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 25 April 2021, telah diadakan sesi pembelajaran bertajuk “Pendaftaran Program MAXIS eKelas” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3:00 petang hingga 4:00 petang. Pada kali ini telah diadakan sesi pendaftaran Program MAXIS eKelas bagi Sekolah Rendah yang melibatkan pelajar tahun 6. Staf Pusat Ekonomi Digital memberi garis panduan kepada pelajar tahun 6 untuk mendaftar ke dalam portal eKelas. Selain daripada itu, pelajar turut diajar cara mengekses modul pembelajaran menggunakan portal eKelas dan cara melihat video pembelajaran yang disediakan di dalam portal.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali