Registration Google Classroom for Student

17 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Mei 2021, telah diadakan sesi pembelajaran bertajuk “Registration Google Classroom for Student” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10:00 pagi hingga 10:30 pagi. Pada kali ini, staf Pusat Ekonomi Digital membantu pelajar yang ingin mendaftarkan dalam google classroom online. Staf Pusat Ekonomi Digital memberi garis panduan kepada pelajar cara-cara untuk mendaftar ke dalam google Classroom online bagi memudahkan sesi pembelajaran sekolah. Selain daripada itu, staf Pusat Ekonomi Digital turut mengajar cara mencari buku teks dan bahan rujukan dalam sistem google classroom online untuk memudahkan pencarian maklumat dan rujukan kepada pelajar agar dapat menyelesaikan tugasan sekolah serta dapat melibatkan diri dalam pembelajaran secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali