Pendaftaran My Sejahtera

21 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 20 April 2021, telah diadakan sesi “Pendaftaran My Sejahtera” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3:00 petang hingga 3:30 petang. Pada kali ini, staf Pusat Ekonomi Digital membantu komuniti yang masih belum mendaftar My sejahtera untuk mendaftar bagi memudahkan urusan komuniti. Staf Pusat Ekonomi Digital turut muat turun aplikasi My sejahtera di telefon puan Gzariah untuk memudahkan urusan beliau mendaftar vaksin dan menggunakan aplikasi My Sejahtera sekiranya mempunyai urusan di luar. Di samping itu, staf Pusat Ekonomi Digital turut memberi tunjuk ajar cara mengimbas kod My Sejahtera melalui aplikasi tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali