Student Registration Online

21 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Mei 2021, telah diadakan sesi pembelajaran bertajuk “Student Registration Online” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 11:00 pagi hingga 11:30 pagi. Pada kali ini, staf Pusat Ekonomi Digital membantu penjaga yang ingin membuat pendaftaran persekolahan anak secara atas talian. Staf Pusat Ekonomi Digital memberi garis panduan cara-cara untuk mendaftar dan mengemaskini maklumat anak ke dalam sistem pengurusan sekolah. Selain daripada itu, penjaga perlu membuat pengesahan mengenai semua maklumat anak yang telah didaftarkan di dalam sistem pengurusan sekolah tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali