Permohonan TUNS & Pembaharui Lesen SSM

8 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 07 Mac 2022, telah diadakan sesi pembelajaran kepada Usahawan yang ingin membuat Permohonan TUNS dan Pembaharui Lesen SSM bersama salah seorang usahawan PEDi Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Buat Pengetahuan semua, TUNS adalah singkatan kepada Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) dan merupakan bantuan pembiayaan secara geran berjumlah RM3,000.00 yang disasarkan kepada Penjaja dan Peniaga Kecil di Negeri Sembilan. Oleh itu, PEDi dijadikan tempat sebagai rujukan kepada usahawan yang berminat untuk memohon TUNS. Usahawan telah dibantu oleh Rakan Digital Felda Pasoh 2 dengan memberi garis panduan untuk mengisi permohonan secara atas talian serta membuat semakan dokumen usahawan yang diperlukan untuk permohanan ini. Di samping itu juga, usahawan yang membuat permohonan ini perlu mempunyai Sijil SSM. Rakan Digital Felda Pasoh 2 turut membantu usahawan membuat pembaharuan Sijil SSM Usahawan bagi memudahkn proses permohonan TUNS.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali