KDB Talk Tiktok Live

21 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Disember 2022, telah diadakan sesi KDB Talk Mengenai “Tip melindungi anak di Internet” di saluran Tiktok Live . Sesi live ini bermula dari jam 3.30-petang hingga 4.40 petang.

Sesi Live KDB Talk ini telah disampaikan oleh staf PEDi kepada pengguna tiktok yang lain. Staf memberi penerangan mengenai laman web yang boleh ibu bapa gunakan untuk semak dan membuat pilihan media yang bijak seperti filem, buku, aplikasi, laman web, muzik dan rancangan TV yang sesuai untuk anak. Dengan membuat semakan di www.commonsensemedia.org/ ibu bapa dapat tahu pelbagai maklumat mengenai media yang dicari.

Di samping itu, staf PEDi juga berkongsi mengenai peranan ibu bapa untuk melindungi anak di Internet. Selain daripada itu, Staf PEDi turut mengingatkan ibu bapa bahawa ibu bapa perlu ambil tahu mengenai dunia Internet dan perlu ingatkan anak-anak supaya tidak menjadi mangsa penipuan di internet, pengiklanan di aplikasi atau permainan di internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali